×

Amaran

The RokSprocket Module needs the RokSprocket Component enabled.

Terdapat sebanyak sembilan kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pengurusan. Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut:

  • Kursus Pengurusan Balai
  • Kursus Etika dan Protokol
  • Kursus Pengurusan Kewangan dan Aset
  • Kursus Asas Access
  • Kursus Menengah Access
  • Kursus Pengurusan Strategik
  • Kursus Pengendalian Laman Web
  • Kursus Pengurusan Sebutharga dan Tender
  • Kursus Penulisan Berkesan

Fungsi utama Pengajian Pengurusan Kebombaan ialah melaksanakan modul-modul pengurusan kebombaan yang merangkumi pengurusan dan pentadbiran organisasi, sistem kualiti pengurusan, motivasi dan sahsiah diri dengan matlamat melahirkan pegawai-pegawai Bomba yang berpengetahuan, berkemahiran, kompeten, berintegriti, professional sejajar dengan misi dan visi Jabatan.


  • Bertanggungjawab menganjurkan kursus dan latihan pengurusan kebombaan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai Bomba khsusnya di dalam aspek pengurusan kebombaan, komunikasi dan teknologi maklumat.
  • Bertanggungjawab menguruskan Pasukan Khas jabatan peringkat Akademi dengan merancang latihan remedial dan pelaksanaan latihan.
  • Bertanggungjawab menguruskan program-program pembangunan di Akademi antaranya Ceramah Integriti dan Kelas Pengembangan Pengetahuan dan Kemahiran Pegawai.
  • Bertanggungjawab sebagai Urusetia MS ISO 9001:2008 peringkat Akademi.

 


Pengajian Pengurusan Kebombaan merupakan salah satu pengajian yang diwujudkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu yang bertanggungjawab dalam menganjur dan melaksanakan kursus-kursus di Akademi. Pengajian Pengurusan Kebombaan telah ditubuhkan bertujuan memberi latihan pengurusan kebombaan kepada pegawai-pegawai Bomba dalam usaha melahirkan pegawai-pegawai yang kompeten, profesional dan berkualiti. Di samping itu juga, Pengajian Pengurusan Kebombaan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan ke arah kecemerlangan melalui latihan, seminar dan bengkel.


Copyright © 2019 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA