Pendaftaran Pelatih Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2019

16 Jun 2019 (Ahad)

 

 Akademi  Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur sekali lagi melakar sejarah dengan menerima seramai 722 orang pelatih baru Kursus Sijil Sains Kebombaan pada kali ini.  Pendaftaran telah dibuat sebanyak dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.  Mengambil kira kemasukan peserta yang ramai pada kali ini, persediaan fasarana dan kekuatan jurulatih  dari segi emosi serta kemahiran telah diselaraskan  beberapa bulan sebelumnya.

 

Dibawah kepimpinan PPjB Abdul Khair bin Osman serta semua pegawai ABPM Wilayah Timur dan  kerjasama erat dari Pegawai Sumber Ibupejabat JBPM Putrajaya , sesi pendaftaran telah disempurnakan dengan jayanya.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelatih-pelatih baru KSSK Siri 1/2019. Semoga terus kental untuk menjalani latihan asas kebombaan .

 

 


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA