KURSUS AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 (AKTA 341)

1. PENDAHULUAN

Modul kursus AKTA 341 bagi pegawai Gred KB 19 ini adalah sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada pegawai bomba tersebut dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai bantuan di dalam menjalankan penguatkuasaan dan pencegahan disamping tugas-tugas operasi amnya. Kandungan di dalam modul kursus ini adalah menepati kehendak dan objektif jabatan di dalam pengisian pengetahuan pegawai/anggota bombadalam ilmu Undang-undang Perkhidmatan Bomba 1988.

2.TUJUAN

♦ Memberi garis panduan dalam mengendalikan kursus AKTA 341

♦ Rujukan dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan AKTA 341

3. OBJEKTIF

◊ Mengenalpasti sumber-sumber undang-undang di Malaysia

◊ Memahami peringkat-peringkat penggubalan undang-undang di Malaysia

◊ Mengenalpasti corak pemerintahan di Malaysia

◊ Mengenalpasti hirarki Mahkamah di Malaysia

◊Mengenalpasti tujuan dan sejarah pengwujudan Akta 341

◊ Mengetahui dan memahami makna serta mengenalpasti bilangan bahagian dan jadual serta peraturan yang terkandung di dalam Akta 341

◊ Mengetahui bagaimana proses dan pemakaian seksyen-seksyen tersebut mengikut bahagian-bahagian secara spesifik terutamanya yang melibatkan operasi.

◊ Mengetahui dan memahami tentang penggunaan borang-borang secara asas/makluman lisan & teori

4. KELAYAKAN PESERTA KURSUS

» Sihat tubuh badan

» Pegawai Bomba Gred KB 19

» Pegawai yang terlibat secara langsung dengan penguatkuasaan

» Semua pelatih-pelatih yang sedang berkursus di semua pusat latihan dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia

5. KAEDAH KURSUS

Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teori, menggunakan teknik syarahan, perbincangan, gerak kerja berkumpulan, soal jawab, kertas kerja dan kajian kes.

6.JANGKA MASA KURSUS

Pelaksanaan kursus adalah selama 5 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat. Kursus ini dianggap penting adalah kerana ianya merupakan asas utama di dalam menjalankan tugas penguatkuasaan.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA