Lawatan Kerja YAS Tuan Mohammad Hamdan bin Hj Wahid

Akademi amat berbesar hati menerima lawatan pertama dari Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ,YAS Tuan Hamdan bin Hj Wahid pada 1 Jun 2018.  Majlis dimulai dengan aturcara Pemeriksaan Perbarisan Kehormat di Dataran Auditorium  Dato Sri' Hji Wan Mohd Nor.

Dalam ucapan alu-aluan oleh PPjB Sobberi bin Basiran, Komandan ABPM Wilayah Timur  menyampaikan sekalung tahniah di atas pelantikan YAS Tuan Mohammad Hamdan bin Hj Wahid sebagai Ketua Pengarah JBPM  yang baru.

Terima kasih YAS Tuan atas kesudian menyampaikan amanat kepada semua kakitangan Akademi Bomba Wilayah Timur  beserta peserta Kursus Semasa dan peserta kursus KSSK Siri 1/2018.   Semoga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur terus gemilang dibawah kepimpinan  YAS tuan.

 


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA