PERJAWATAN KESELURUHAN DI AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH TIMUR, TERENGGANU DARUL IMAN

BAGI TAHUN 2018,2017,2016 DAN 2015

 

NAMA JAWATAN GRED TAHUN 2018 TAHUN 2017 TAHUN 2016 TAHUN 2015
PENOLONG PESURUHJAYA BOMBA KB 52 1 1 1 1
PENGUASA KANAN BOMBA I KB 48 5 5 5 5
PENGUASA KANAN BOMBA II KB 44 9 11 11 11
TIMBALAN PENGUASA BOMBA KB 38 1 1 1 1
PEN. KANAN PENGUASA BOMBA KB 32 15 15 15 15
PEGAWAI BOMBA TINGGI KB 26 1 1 1 1
PEGAWAI BOMBA KANAN I KB 24 2 2 2 2
PEGAWAI BOMBA KANAN II KB 22 30 33 33 33
PEGAWAI BOMBA KB 19 40 44 42 44
PENOLONG JURUTERA J 38 2 2 1 2
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N36 1 1 1 1
PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F32 1 1 1 1
PENOLONG AKAUNTAN W 32 1 1 1 1
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29/N36 1 1 1 1
SETIAUSAHA PEJABAT (S/U) N29 1 1 1 1
PEMBANTU TADBIR (KEW) W22 1 1 1 1
PEMBANTU TADBIR (P/O) N22 1 1 1 1
PENOLONG JURUTERA JA29/JA36 1 1 1 1
PEMBANTU TADBIR (KEW) W19 1 1 2 2
PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 4 4 4 4
PEMBANTU PERPUSTAKAAN S19/S22 1 1 1 1
PEMBANTU MAKMAL C19/C22 1 1 1 1
JURUTEKNIK KOMPUTER FT19 1 1 0 1
PEKERJA RENDAH AWAM H11/H14 8 8 8 8
JUMLAH   132 139 140 140
              

   

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Bomba Malaysia Berprestasi Tinggi "Cepat dan Mesra"

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang Terengganu.

Produktiviti dikaitkan dengan konsep kecekapan , keberkesanan dan kualiti. Kerkesanan sesebuah organisasi pula ditentukan sama ada hasil atau perkhidmatan yang diberikan perlu ditambah nilai dengan ciri-ciri kualiti seperti cepat, tepat, berintegriti dan mesra pelanggan.

Justeru, Akademi Bomba dan Penyelamat  Wilayah Timur mesti didokong oleh pegawai-pegawai yang berpengetahuan dan berkemahiran serta bersedia  meningkatkan kecemerlangan melalui pembelajaran berterusan, agar sesuai sebagai pakar rujuk atau perunding kemahiran  melebihi pegawai yang lain. Semua Pegawai hendaklah memilik prinsip High Thinking, High Doing dan High Skill, High Will.  Keberhasilan latihan masih belum terbilang, sekiranya ia tidak diingati, dihayati , dikenangi dan dijadikan warisan generasi akan datang. Seperti pepatah Melayu “ Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.

Dunia IT adalah dunia tanpa sempadan. Teknologi yang bergerak pantas menjadi satu wadah dalam latihan bagi meningkatkan kecemerlangan latihan dalam Jabatan. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur mengambil inisiatif melalui teknologi tanpa sempadan ini sebagai salah satu cara untuk mengukur keberkesanan latihan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sebagai sebuah Akademi Latihan Kebombaan, kursus-kursus yang dilaksanakan merupakan elemen penting dalam proses transformasi membentuk Pegawai Bomba yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai-nilai keperibadian yang tinggi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

Saya berharap dengan terhasilnya saluran informasi ini, secara tidak langsung akan dapat membantu kepelbagaian pendekatan komunikasi serta cara penyampaian maklumat yang lebih tepat, telus dan berkesan kepada pelanggan.

Selamat melayari Laman WEB Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.

Terima Kasih kerana mengunjungi Laman WEB Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.

 "LATIHAN KE ARAH KECEMERLANGAN"

'ALAH BISA TEGAL BIASA'

PPjB Abdul Khair bin Osman
Komandan,
Akademi  Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang Terengganu.

 Sejarah Komandan

 

1. Jun 2004-2008

Penolong Pesuruhjaya Bomba Nordin bin Pauzi

 

2. 15 April 2008 - April 2013

Penguasa Kanan Bomba  Norazam bin Khamis

 

3. 30 April 2013 -10 April 2017  

Penguasa Kanan Bomba Abdul Razak bin Muda

 

4. 10 April 2017 - 25 November 2018

Penguasa Kanan Bomba Sobberi bin Basiran

 

5. 26 November 2018 Hingga Kini

Penguasa Kanan Bomba Abdul Khair bin Osman


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu