Hazmat Awareness

Pendahuluan

Kursus ini diadakan  bagi memberi kesedaran, pengetahuan dan maklumat kepada anggota yang tidak menganggotai unit Hazmat mengenai kemungkinan wujudnya kemerbahayaan bahan-bahan berbahaya (Hazardous Materials) di dalam menangani insiden-insiden kecemasan serta tindakan-tindakan awal yang harus dilakukan dengan selamat bagi melindungi diri, orang lain, harta benda dan alam sekitar.

Tujuan

Memberi pengetahuan dan kemahiran peringkat asas kepada peserta kursus berkenaan mengenai operasi kebombaan yang bersangkutan dengan Hazardous Material (HAZMAT)

Objektif

Memberi keyakinan kepada peserta kursus  untuk melakukan kerja-kerja awal dalam operasi HAZMAT.Mengendalikan kerja-kerja tersebut sekiranya tidak melibatkan bahan merbahaya yang hanya boleh dikendalikan oleh Pasukan Hazmat Khas) Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang insiden melibatkan Hazardous Material (Hazmat).

Jangkamasa Kursus

Kursus ini dijalankan selama 1 minggu di FRAM, Wakaf Tapai.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu