Kursus Compartment Fire Behavior Training


Pendahuluan

  • Kursus CFBT ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada pegawai bomba dalam melaksanakan tugas mengawal dan memadam kebakaran. Kandungan di dalam modul kursus ini adalah menepati kehendak dan objektif pemadaman yang berkesan.
  • Jabatan ini memandang serius terhadap perkara ini kerana teknik memadam kebakaran di dalam bangunan perlu ’dihuraikan’ dengan teliti agar ianya tidak berlaku kemusnahan akibat teknik dan penggunaan air yang tidak betul. Ianya mestilah disusun dan diatur mengikut prosedur-prosedur yang betul dalam usaha mencapai visi dan misi iaitu Kearah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Dunia.

Tujuan

  • Memberi garispanduan dalam mengendalikan kursus CFBT.
  • Rujukan dalam melakukan tindakan memadam kebakaran yang betul dan berkesan.


Objektif

Beberapa objebtif telahpun dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi pengetahuan serta kefahaman tentang keperluan mempelajari kursus CFBT:-

  • Mengetahui dan memahami kaedah melawan kebakaran di dalam  bangunan (CFBT) secara lebih berkesan.
  • Mengetahui bagaimana proses perkembangan sesuatu kebakaran
  • Mengetahui bahaya dan risiko di dalam operasi yang melibatkan kebakaran di dalam bangunan.
  • Mengetahui sebab dan tindakan untuk mengurangkan penggunaan air bagi mengelakkan ’water damage’ semasa operasi pemadaman.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran serta aspek-aspek keselamatan diri semasa melawan kebakaran di dalam bangunan.


Jangkamasa Kursus

Kursus ini dijalankan selama 2 minggu di FRAM, Wakaf Tapai.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu