Kursus Teknik Pemadaman


Pendahuluan

  • Kursus teknik pemadaman ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada pegawai bomba dalam melaksanakan tugas mengawal dan memadam kebakaran. Kandungan di dalam modul kursus ini adalah menepati kehendak dan objektif pemadaman yang berkesan.
  • Jabatan ini memandang serius terhadap perkara ini kerana teknik memadam kebakaran di dalam bangunan perlu ’dihuraikan’ dengan teliti agar ianya tidak berlaku kemusnahan akibat teknik dan penggunaan air yang tidak betul. Ianya mestilah disusun dan diatur mengikut prosedur-prosedur yang betul dalam usaha mencapai visi dan misi iaitu Kearah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Dunia.

Tujuan

  • Memberikan pengetahuan dan teknik-teknik pemadaman yang betul dan sesuai.
  • Memastikan operasi pemadaman yang berjaya dan berkesan.


Objektif

  • Berpengetahuan dan berkemahiran dalam merancang strategi, dan mengkoordinasikan sesuatu operasi pemadaman.
  • Memberikan kecekapan dan kemahiran dalam membuat operasi pemadaman.
  • Memberikan keberkesananan dan cara yang betul dalam operasi yang dijalankan.
  • Menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam operasi pemadaman.
  • Mengertahui proses kebakaran dan bahaya-bahaya yang ujud.
  • Mengertahui implikasi terhadap kaedah pemadaman kepada pasukan penyiasat kebakaran.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan bekerja secara berpasukan.

Jangkamasa Kursus
Kursus ini dijalankan selama 10 hari (2 minggu) di FRAM, Wakaf Tapai.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu