Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Julai 2017

Pada 23 Julai 2017 , jam 2.30 petang telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Julai di Auditorium ABPM Wilayah Timur.

Komandan PPjB Sobberi bin Basiran telah berkenan meluangkan masa untuk memberi amanat bagi mengemaskan kembali semangat pegawai Akademi ABPM Wilayah Timur. Turut disentuh berkenaan kemasukan pelatih Kursus Sains Kebombaan Siri 1/2017 yang dijangka seramai 226 pada 23 Julai 2017. Pengurusan tertinggi mengarahkan kemasukan pelatih pada kali ini menjadikan suasana Akademi bertukar corak kepada Akademi sepenuhnya. Semua pegawai akademi bertanggungjawab untuk menghidupkan Akademi menjadi tempat latihan dengan suasana yang meriah dengan bunyi sorakan pelatih menjalani latihan PT, nyanyian lagu pelatih , baris kawad serta pekikan jurulatih memberikan arahan kawad dan sebagainya. Komandan menekankan bahawa methodology adalah penting dalam pembentukan sumber manusia.

Setiap program yang dirancang hendaklah di laksanakan dengan kemas dan perlu menganalisa kembali keberkesanan setiap program dan latihan bagi memastikan pegawai bomba yang lahir dari akademi adalah berwibawa dan kempeten .

Tahniah juga diucapkan kepada pegawai yang berjaya dinaikan pangkat dan bertukar ke Jabatan lain. Semoga bekas pegawai Akademi menjadi agen yang menyebarkan maklumat dan wawasan akademi serta membawa perubahan yang positif kepada jabatan baharu .

Sekalung tahniah juga kepada jurulatih akademi yang telah diiktiraf dengan sijil SKM yang memberi pentauliahan secara praktikal kepada jurulatih terlibat. Adalah diyakini pengikhtirafan ini mampu menaikan lagi imej kejurulatihan dengan pengiktirafan dari badan yang diyakini.

Ucapan tahniah juga kepada semua penerima sijil terpuji ABPM Wilayah Timur bagi tahun 2016. Penganugerah ini memberi suntikan semangat kepada semua untuk lebih berusaha mempertingkatkan kualiti kerja dalam memastikan keberkesanan latihan dapat dihasilkan.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu