'Raptai Penuh' Majlis Tamat Latihan KSSK Siri 3/2013

Pada 28 Mei 2014 Jam 0730 pagi bertempat di Padang Kawad FRAM Wakaf Tapai
telah diadakan 'Raptai Penuh' bagi Majlis Tamat Latihan KSSK Siri 3/2013.
Seramai 157 orang pelatih yang mana 20 orang adalah terdiri daripada Bomba 'North Port'.

Raptai Penuh ini disaksikan oleh Pen. Ketua Pengarah Bahagian Latihan JBPM
PKPjB Mohammad Hamdan Hj Wahid dan dikesempatan itu juga beliau turut memberi
amanat serta suntikan semangat kepada bakal-bakal pelatih yang akan menamatkan
latihan pada 29 Jun 2014 yang akan disempurnakan oleh YAS Dato Hj Amer Hj Yusof
Timb. Ketua Pengarah (Pembangunan). Turut hadir bersama Komandan FRAM Wakaf Tapai
PPjB Abdul Razak Muda dan Ketua-Ketua Pengajian serta Pegawai-pegawai Kanan Jabatan.

Jurukamera/Editor:: PBK II Mohd Syazwan Saidy Wan HEP & ICT


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu