Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 11 Syawal 1435H

Pada 7 Ogos 2014 FRAM Wakaf Tapai telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 11 Syawal 1435H bertempat di Dataran Auditorium. Majlis Sambutan Hari Raya ini telah dirasmikan oleh Komandan FRAM Wakaf Tapai PPjB Abdul Razak Muda dan diiringi isteri dan pegawai kanan Jabatan dan isteri. turut hadir juga Delegasi Bangladesh Fire Service & Civil Defence Director, Dhaka Mohammad Mahboob, Timbalan Peg. Memerintah FRU ASP Malzuki Abd Majid, Ketua Polis Wakaf Tapai Wan Ismail Wan Jaki, Wakil IKBN Pen. Pengarah En Mohmad Embong

Majlis ini diadakan bagi menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan di samping dapat bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diserikan lagi dengan pertandingan gerai aneka juadah terbaik yang disertai oleh 6 unit/bahagian. Turut dimeriahkan lagi dengan pertunjukan bunga api serta pemberian sumbangan duit raya kepada anak-anak pegawai dan kakitangan FRAM Wakaf Tapai

Jurukamera:: PBK II Mohd Syazwan Saidy Wan HEP & ICT
Editors:: PBK II Mohd Syazwan Saidy Wan HEP & ICT

Klik Sini untuk ke Galeri Gambar di Halaman Facebook Kami

 

 

 


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu