Pengenalan

Cawangan Logistik merupakan salah satu cawangan yang diwujudkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Timur, Marang, Terengganu bagi melancarkan perjalanan aktiviti Akademi. Matlamat cawangan ini ialah menyokong pelaksanaan kursus bagi mencapai misi dan visi Akademi, iaitu dengan memberikan khidmat latihan kebombaan bertaraf dunia. Oleh itu cawangan ini menyumbang dalam penghasilan produk yang berkualiti bagi mencapai misi dan visi Jabatan akan terlaksana.

Selain membantu dalam melaksanakan program-program kursus dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan, cawangan ini membantu dari aspek menyediakan khidmat seperti berikut:-

  • Menyediakan bantuan khidmat sumber manusia
  • Bertanggungjawab menyediakan keperluan Jentera dan Peralatan latihan
  • Merancang, merangka dan mengawalselia perlaksanaan Penyelenggaraan Pemulihan (Corrective Maintenance) bagi aset dan inventori jabatan

Program pembangunan dan pemantapan jurulatih serta menghasilkan modal insan juga dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan diberikan adalah yang terbaik. Pembangunan dan kajian keperluan jentera, peralatan latihan juga dilaksanakan bagi memastikan agar ianya selamat digunakan serta sentiasa dalam keadaan terbaik. Prestasi perkhidmatan diberikan oleh cawangan ini sentiasa dipertingkatkan demi mencapai kualiti dari masa ke semasa


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA