Pengenalan

Cawangan Pengurusan merupakan salah satu unit yang ditubuhkan untuk melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada semua pegawai dan kakitangan Akademi. Cawangan Pengurusan  ditubuhkan untuk melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada semua pusat pengajian, cawangan dan unit dari segi perkhidmatan kakitangan, urusan pentadbiran dan pengurusan pejabat termasuklah urusan kewangan dan keperluan-keperluan sokongan lain dalam melaksanakan kursus-kursus di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dengan adanya Cawangan Pengurusan ini segala urusan berkaitan menjadi lebih mudah dan teratur dan sekaligus menjadi pemangkin kepada pengurusan dan pentadbiran yang terbaik, sistematik dan cemerlang.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA