OBJEKTIF
- Untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ilmu kebombaan melalui latihan praktikal yang dijalankan kepada semua pegawai yang berkursus di akademi ini.
- Untuk memberikan latihan kebombaan yang terkini dan sesuai dengan Pembangunan Negara.
- Untuk melahirkan seorang pegawai bomba yang berpengetahuan dan bertanggungjawab semasa menjalankan operasi kebombaan dibalai.
- Untuk menjadikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, sebuah pusat kecemerlangan berkaitan ilmu operasi kebombaan.
FUNGSI
- Bertanggungjawab mengenalpasti peralatan dan kelengkapan simulator yang terkini serta sesuai dengan Pembangunan Negara.
- Bertanggungjawab menjalankan dan menguruskan latihan praktikal kebombaan mengikut kursus yang dianjurkan oleh pihak Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai.
- Bertanggungjawab membantu memeriksa setiap peralatan dan kelengkapan simulator sebelum kursus dijalankan.
- Bertanggungjawab melaksanakan latihan kecergasan fizikal (latihan jasmani pagi dan petang) dan kawad kaki bagi setiap kursus yang dikendalikan oleh Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai.