Pengenalan

Unit Bantuan Latihan Dan Komunikasi merupakan salah satu unit yang diwujudkan di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia,Wakaf Tapai,Marang.Terengganu bagi melancarkan perjalanan aktiviti Akademi.

Matlamat Unit Bantuan Latihan Dan Komunikasi ialah menyokong bagi mencapai misi dan visi Akademi iaitu dengan memberikan khidmat latihan kebombaan ke arah bertaraf dunia. Oleh itu Unit ini menyumbang dalam menghasilkan produk yang berkualiti maka pencapaian misi dan visi Jabatan akan terlaksana.

Untuk mencapai matlamat tersebut, Unit ini membantu dalam melaksanakan program-program kursus dan aktiviti yang dijalan oleh jabatan. Unit ini membantu dari aspek menyediakan khidmat bantuan jurulatih dan keperluan peralatan latihan yang diperlukan. Khidmat bantuan jurulatih ini diperlukan bagi membantu membuat persediaan sebelum ,semasa dan selepas latihan. Keperluan peralatan merupakan elemen penting bagi kejayaan sesuatu kursus yang dijalankan.Unit ini juga memberikan khidmat bantuan keperluan peralatan latihan. Untuk memastikan peralatan dalam keadaan baik dan selamat digunakan maka, program penyelenggaraan, pemeriksaan dan penyimpanan peralatan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Program pembangunan dan pemantapan jurulatih serta menghasilkan modal insan juga diadakan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang yang terlatih dan terbaik. Pembangunan dan kajian keperluan peralatan juga dilakukan bagi memastikan bahawa peralatan yang disediakan adalah yang terkini dan tercanggih.Justeru itu prestasi perkhidmatan yang diberikan oleh unit ini akan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA