• Melaksanakan latihan kapada kakitangan Jabatan, kakitangan perkhidmatan awam, agensi-agensi kerajaan dan swasta  serta  orang awam dalam bidang keselamatan kebakaran ( Arahan Perkhidmatan Bab 8, Seksyen 2 (a), (b) dan (c).
  • Merancang dan melaksanakan latihan kebombaan untuk pegawai keselamatan kebakaran bangunan ( Industri dan komersial ) mengenai Akta   Perkhidmatan Bomba 1988; Seksyen 62 (1) (c).
  • Merancang dan melaksanakan latihan dalam perkhidmatan pegawai bomba, Penolong Penguasa Bomba dan Penguasa Bomba dalam bidang keselamatan kebakaran berdasarkan Skim Perkhidmatan Dasar Latihan 1986 Dan Sistem Saraan Baru 1992 Dan Memorandum JPA 63/138 KH.1 (15) 1004.
  • Memastikan pembelajaran berkaitan Mengkaji, meneliti dan memberi syor-syor kebombaan dan menyemak serta mengesahkan pelan-pelan yang  dikemukakan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat sepertimana dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, UBBL 245 (2).

Melahirkan Pegawai Bomba yang professional, cekap, berpengetahuan, berdisplin serta sentiasa berusaha kearah mewujudkan satu organisasi kebombaan dan penyelamatan yang ‘world class’ sebagai teras kecemerlangan Jabatan. Pengajian Keselamatan Kebakaran sentiasa berusaha membentuk keunggulan Jabatan dengan melengkapkan pegawai-pegawainya dengan sikap (attitude), kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge) yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan keselamatan kebakaran melalui program –program latihan yang berterusan serta terancang dengan matlamat melahirkan personel yang berintegriti dan kompeten terhadap tanggungjawab pelaksanaan tugas yang bersesuaian dengan pangkat dan jawatan menerusi penggunaan sumber yang berkesan dan berteknologi.


Wujudnya Pengajian Keselamatan Kebakaran, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, amatlah penting dalam menentukan halatuju dan keberkesanan dalam aspek latihan dan pengembangan ilmu pencegahan dan keselamatan kebakaran kepada anggota bomba yang sedang berkhidmat, pelatih-pelatih Kursus Diploma dan Asas Sains Kebombaan, institusi kerajaan, institusi swasta, badan-badan sukarela  dan orang awam. Di samping itu juga Pengajian Keselamatan Kebakaran berperanan dalam mendidik penghuni-penghuni bangunan dan orang awam dalam aspek keselamatan kebakaran serta membentuk ‘Budaya Keselamatan Kebakaran’ melalui kursus-kursus, seminar dan bengkel yang dianjurkan.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu