- Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program kursus dan latihan kepada Pegawai Bomba dengan cekap dan berkesan.
- Melahirkan Pegawai Bomba yang berkemahiran dan berpengetahuan berkaitan Operasi Kebombaan.
- Menyemak dan menyediakan Standard Operation Procedur (SOP) serta peraturan Jabatan berkaitan dengan Operasi Kebombaan dan Penyelamatan.
- Membantu Jabatan menerapkan nilai-nilai disiplin yang tinggi kepada Pegawai Bomba semasa mereka menjalankan tugas dan tanggunggjawab serta cekap dan berdisiplin.
- Merangka serta menyelaras semua kursus yang berkaitan dengan Pengajian Pemadaman Kebakaran.
- Memastikan perlaksanaan kursus berkaitan dengan Operasi Pemadaman Kebakaran dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.
- Merangka, merancang dan menyemak modul dan nota-nota pembelajaran berkaitan kursus-kursus yang dijalankan.
- Mengkaji dan memastikan peralatan dan kelengkapan yang sesuai digunakan untuk kursus-kursus di bawah kendalian Pengajian Pemadaman Kebakaran.
- Merancang perkara yang berkaitan dengan perbelanjaan kursus, latihan dan infrastruktur.
- Menyedia, memasti, menyemak dan mengkaji semua kursus yang bersesuaian berkaitan Pengajian Pemadaman Kebakaran.
- Mengkaji dan menyemak kredebiliti semua pegawai latihan bagi memastikan perlaksanaan kursus dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.
- Memastikan perbelanjaan bagi setiap pembelian peralatan dan simulasi berkaitan kursus untuk Pengajian Pemadaman Kebakaran bertepatan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan.