Kursus Pengendaliaan Pam-pam Operasi

PENDAHULUAN

Modul Kursus Pengendalian Pam-Pam Operasi sebagai panduan khusus kepada pegawai bomba yang mengendalikan serta penyelenggaraan jentera Bomba menepati kehendak dan piawai penggunaannya. Kursus ini kendalian Kejuruteraan JBPM Salak Tinggi dan dijalankan di FRAM Wakaf Tapai.

Jabatan dan Bahagian Kejuruteraan amnya memandang serius akan teknik penyelenggaraan agar ianya dapat dilaksanakan dengan lebih berhemah lagi efisen. Ianya juga perlu disusun mengikut kehendak-kehendak dan prosedur-prosedur pihak yang membekal agar pembaikan dapat diminimakan serta jangka hayat penggunaan dimaksimakan.

 

TUJUAN

  • Memberi garispanduan dan prosedur-prosedur tatacara penyelenggaraan pam -pam tersebut.
  • Sebagai rujukan dalam situasi berlaku kerosakan kecil di mana alternatif lain dapat digunakan untuk pemulihan.

OBJEKTIF

  • Untuk memberi pengetahuan dan kemahiran dalam kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pam jentera serta pam mudah alih.
  • Menambahkan kemahiran, pengetahuan cara penyelenggaraan yang betul.

 JANGKAMASA KURSUS

Pelaksanaan kursus adalah selama 5 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat. Kursus ini amat penting kerana bagi pemandu yang dilantik agar asas penyelenggaraan pam jentera dan pam mudah alih dapat dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu