Teknik Pemanduan Kenderaan Bomba

PENDAHULUAN

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia pada masa ini telah dilengkapi dengan berbagai-bagai kelengkapan peralatan dan jentera ke arah menuju sebuah organisasi kebombaan bertaraf dunia. Dalam usaha menuju ke arah itu, setiap individu dalam jabatan perlu melengkapkan diri dalam segala aspek pengetahuan dan kemahiran seiring dengan hala tuju dan objektif Jabatan. Kursus Teknik Pemanduan yang dijalankan oleh pihak Akademi merupakan salah satu kursus yang dapat memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam aspek pemanduan kenderaan jabatan dengan prosedur yang betul, cekap dan berkesan. Melalui kursus ini juga dapat melahirkan pemandu yang baik, berhemah dan sentiasa mementingkan keselamatan semasa memandu. Seterusnya kemalangan yang melibatkan kenderaan jabatan dapat di atasi atau dikurangkan ke paras yang paling minima. Dengan itu perlaksanaan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada jabatan dapat dilaksanakan dengan lancar, cekap dan berkesan, Ke Arah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Dunia.

TUJUAN

• Menyediakan garis panduan dalam mengendalikan Kursus Teknik Pemanduan Kereta Bomba.

• Sebagai rujukan dalam melakukan tindakan pemanduan mengikut tatacara yang betul dan berkesan.

OBJEKTIF

Beberapa objektif telah pun dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi pengetahuan serta kefahaman tentang keperluan mempelajari kursus Teknik Pemanduan Kerata Bomba:-

• Mengetahui dan memahami kaedah dalam teknik pemanduan yang selamat dalam menghadapi apa jua rintangan dan halangan semasa pemanduan kenderaan Jabatan.

• Melahirkan pemandu yang efisien serta kompeten dalam melaksanankan tugas ketika pemanduan kenderaan.

• Selamat dan meminimakan kemalangan yang melibatkan kenderaan Jabatan dalam mencerminkan Jabatan Bomba sebagai Jabatan Penyelamat.

• Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran dari segi pemanduan yang betul-betul selamat.

JANGKAMASA KURSUS

Kursus ini dilaksanakan selama 10 hari dan semua peserta kursus perlu mengikuti kursus ini hingga tamat. Kurang dari tempoh berkenaan akan menjejaskan segala keperluan teori dan amali yang bakal diperolehi oleh pelatih. Pengecualian menamatkan kursus disebabkan faktor-faktor tertentu perlu mendapatkan sokongan Penyelaras kursus untuk kelulusan Komandan Akademi Bomba Dan Penyelamat malaysia.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu