Kursus Pengurusan Kebakaran Hutan dan Tanah Gambut

 

 

 

PENDAHULUAN

Modul kursus Pengurusan Kebakaran Hutan dan Tanah Gambut ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada pegawai bomba dalam melaksanakan tugas mengawal dan memadam kebakaran. Jabatan ini memandang serius terhadap perkara ini kerana teknik pemadaman kebakaran hutan perlu dihuraikan dengan teliti agar ianya tidak berlaku kemusnahan akibat teknik dan pemadaman yang tidak betul. Ianya mesti disusun dan diatur mengikut prosedur-prosedur yang betul dalam usaha mencapai visi dan misi Jabatan.

TUJUAN

♦ Menjelaskan panduan dan tindakan yang perlu diambil dan dilaksanakan dalam pelaksanaan tugas menangani insiden kebakaran hutan.

♦ Pegawai yang mengendalikan kursus dan peserta-peserta kursus diwajibkan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan bagi tujuan untuk mencapai matlamat.

OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan kursus Pengurusan Kebakaran Hutan dan Tanah Gambut adalah untuk mencapai sasaran bagi memberi pengetahuan serta kefahaman kepada peserta kursus. Antara objektif yang digariskan adalah:

♦ Mengetahui bagaimana proses perkembangan sesuatu kebakaran

♦ Mengetahui bahaya dan risiko di dalam operasi yang melibatkan kebakaran hutan dan tanah gambut.

♦ Mengetahui kaedah dan teknik pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut yang betul dan berkesan.

♦ Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran serta aspek-aspek keselamatan dir semasa melawan kebakaran di pelbagai kejadian, lokasi dan bentuk muka bumi.

KELAYAKAN PESERTA KURSUS

♦ Pegawai yang memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak menghadapi penyakit serius

♦ Umur tidak melebihi 45 tahun

♦ Telah menghadiri Kursus Mencari dan Menyelamat.

KAEDAH KURSUS

 

Kaedah kursus akan diadakan dalam 2 bentuk iaitu:

♦ Teori

♦ Praktikal

Semua peserta kursus diwajibkan mengikuti kedua-dua kaedah kursus. Peserta kursus yang gagal mengikut salah satu kaedah kursus dikehendaki mengemukakan surat penjelasan kepada Komandan melalui Penyelaras Kursus.

JANGKAMASA KURSUS

Pelaksanaan kursus adalah selama 5 hari dan semua peserta kursus perlu mengikuti kursus hingga tamat. Pengecualian menamatkan kursus disebabkan faktor-faktor tertentu perlu mendapat sokongan pegawai Penyelaras Kursus untuk kelulusan oleh Komandan.

KEPERLUAN KURSUS

♦ Pakaian

 ◊ Helmet 

  

 ◊ Safety Glass

 

 ◊ Gloves

 

◊ Pakaian Celoreng

  

*** Peserta akan dimaklumkan di dalam surat tawaran kursus kelengkapan dan keperluan yang perlu dibawa untuk menjalani kursus.

 


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu