Fungsi utama Pengajian Pengurusan Kebombaan ialah melaksanakan modul-modul pengurusan kebombaan yang merangkumi pengurusan dan pentadbiran organisasi, sistem kualiti pengurusan, motivasi dan sahsiah diri dengan matlamat melahirkan pegawai-pegawai Bomba yang berpengetahuan, berkemahiran, kompeten, berintegriti, professional sejajar dengan misi dan visi Jabatan.


Melahirkan Pegawai Bomba yang professional, cekap, berpengetahuan, berdisplin serta sentiasa berusaha ke arah mewujudkan satu organisasi kebombaan dan penyelamatan yang ‘world class’ sebagai teras kecemerlangan Jabatan. Pengajian Pengurusan Kebombaan sentiasa berusaha membentuk keunggulan Jabatan dengan melengkapkan pegawai-pegawainya dengan sikap (attitude), kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge) yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan pengurusan kebombaan melalui program –program latihan yang berterusan serta terancang dengan matlamat melahirkan personel yang berintegriti dan kompeten terhadap tanggungjawab pelaksanaan tugas yang bersesuaian dengan pangkat dan jawatan menerusi penggunaan sumber yang berkesan dan berteknologi.


Pengajian Pengurusan Kebombaan merupakan salah satu pengajian yang diwujudkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai,Marang, Terengganu yang bertanggungjawab dalam menganjur dan melaksanakan kursus-kursus di Akademi. Pengajian Pengurusan Kebombaan telah ditubuhkan bertujuan memberi latihan pengurusan kebombaan kepada pegawai-pegawai Bomba dalam usaha melahirkan pegawai-pegawai yang kompeten, profesional dan berkualiti. Di samping itu juga, Pengajian Pengurusan Kebombaan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan ke arah kecemerlangan melalui latihan, seminar dan bengkel.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu