Incident Commander (Tahap 2)

PENDAHULUAN
 
Incident Commander Tahap 2 merupakan satu bidang yang perlu diberi perhatian secara khusus kerana ianya melibatkan beberapa prinsip yang perlu di impelimentasikan secara teratur dan berkesan. Kegagalan memahami prinsip dalam pengurusan Komander Operasi Kanan akan memberi impak kepada seorang ketua insiden, anggota bawahan dan juga mangsa yang diselamatkan. 
 
 
TUJUAN
  • Menjelaskan panduan dan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam mengendalikan sebarang bencana yang berlaku.
  • Pegawai yang mengendalikan kursus dan peserta kursus di wajibkan mengikuti prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.Ini bertujuan bagi mencapai matlamat kursus yang diadakan.

 

OBJEKTIF

 
Untuk memastikan segala tindakan yang dijalankan sebelum, semasa dan selepas kursus dilaksanakan secara betul dan selamat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

 

KELAYAKAN PESERTA KURSUS

  • Pegawai-pegawai yang memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak menghadapi sebarang penyakit yang serius
  • Pegawai Bomba Gred KB 24 & KB 29


KAEDAH KURSUS

Kursus dijalankan dalam dua kaedah iaitu :

  • Teori & Tugasan Individu
  • Kajian Kes & Table Top

Semua peserta kursus di WAJIBKANmengikuti kedua-dua kaedah ini. Peserta kursus yang gagal dalam salah satu kaedah kursus ini, dikehendaki mengemukakan surat penjelasan kepada komandan melalui penyelaras kursus.

 


JANGKAMASA KURSUS

Perlaksanaan kursus adalah selama 10 hari dan semua peserta kursus perlu mengikuti kursus hingga tamat. Pengecualian menamatkan kursus disebabkan faktor-faktor tertentu perlu mendapatkan sokongan Pegawai Penyelaras kursus untuk kelulusan Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu