Kepimpinan dan Kepegawaian

Pendahuluan

Salah satu aspek yang penting dalam melahirkan Pegawai Bomba yang berkualiti dan profesional adalah pemupukan sikap positif dan semangat kerja berpasukan yang jitu serta keyakinan diri yang tinggi di kalangan pegawai-pegawai bomba. Semangat kekitaan juga mampu meningkatkan kualiti, profesional dan keperibadian pegawai-pegawai jabatan seiring dengan keperluan semasa dan cabaran-cabaran tugas dan tanggungjawab pada masa depan. Sehubungan itu, melalui Kursus Kepimpinan dan Kepegawaian, pendekatan akan dijana di dalam pengurusan kebombaan. Ini dilihat pegawai-pegawai bomba bukan sahaja sebagai pekerja yang dibayar gaji tetapi juga sebagai satu aset yang penting dalam memajukan lagi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Tujuan

Menyediakan garis panduan bagi Kursus Kepimpinan dan Kepegawaian yang dilaksanakan di Akademi Bomba  dan  Penyelamat   Malaysia.

Menyediakan garis panduan bagi Kursus Kepimpinan dan Kepegawaian yang dilaksanakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Objektif

  • Untuk membantu Akademi/Jabatan dalam merancang dan menjalankan latihan peningkatan kualiti kerja kepada Pegawai dan kakitangan dalam usaha meningkatkan lagi prestasi jabatan.
  • Untuk menyediakan garis panduan dan rujukan kepada Penyelaras dan jurulatih bagi membolehkan mereka mengendalikan Kursus/Ceramah yang berkaitan dengan aspek Kepimpinan dan Kepegawaian dengan lebih berkeyakinan dan berkesan.

Jangkamasa Kursus

Kursus ini dijalankan selama 2 minggu di FRAM, Wakaf Tapai.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu