Teknik Fotografi

PENDAHULUAN

Modul kursus TEKNIK FOTOGRAFI ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada pegawai bomba dalam melaksanakan tugas Penguatkuasaan dan Pencegahan disamping tugas-tugas operasi amnya terutama dalam aspek teknik mengambil gambar. Kandungan di dalam modul kursus ini adalah menepati kehendak dan objektif tatacara mengambil gambar yang berkesan.

Jabatan  mengambil langkah utama dan mempunyai perspektif yang serius terhadap perkara ini kerana kualiti dan tatacara penggunaan kamera yang betul perlu diberi perhatian dan ditekankan terutama dalam aspek penguatkuasaan dan penyiasatan kebakaran. Proses pembelajaran Teknik Fotografi ini perlu disusun dan diatur mengikut prosedur-prosedur yang betul dan sejajar dengan usaha mewujudkan kreativiti dan inovatif disepanjang kualiti perkhidmatan di dalam matlamat  mencapai visi dan misi iaitu Ke arah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Dunia.
 
TUJUAN
  • Memberi garis panduan dalam mengendalikan kursus Teknik Fotografi.
  • Rujukan dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan penyiasatan kebakaran dalam aspek mengambil gambar yang berkualiti.
OBJEKTIF

Beberapa objektif dirancang untuk mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi pengetahuan serta kemahiran di dalam teknik mengambil gambar tatacara penggunaan kamera yang betul dan berkesan.
  • Mengetahui terma penting fotografi.
  • Menguasai kebolehan penggunaan kamera.
  • Menghasilkan output mengikut keperluan.
 
KELAYAKAN PESERTA KURSUS

  • Sihat tubuh badan.
  • Pegawai Bomba Gred KB 17 ke atas
  • Pegawai yang terlibat secara langsung dengan Penguatkuasaan dan Pencegahan
KAEDAH KURSUS

Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teori, praktikal, menggunakan teknik syarahan, perbincangan, gerak kerja berkumpulan, soal jawab, kertas kerja dan kajian kes.
Kaedah kursus di adakan 2 bentuk iaitu
  • Teori - 60%
  • Praktikal - 40%
JANGKAMASA KURSUS
 
Pelaksanaan kursus adalah selama 2 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat. Kursus ini dianggap penting adalah kerana ianya merupakan asas utama didalam menjalankan tugas  penguatkuasaan.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu