Pengucapan Awam dan Pengacaraan Level 1

PENDAHULUAN

Pengucapan awam adalah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar. Ia merupakan satu proses komunikasi yang bertujuan untuk memindahkan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain. Dalam konteks ini, memindahkan dan menyampaikan mesej dengan berkesan menjadi cabaran kepada pengucap, ia dipengaruhi oleh banyak faktor dan aspek.
 
TUJUAN
 
Memberi pendedahan kepada peserta kursus bagaimana cara untuk bercakap di hadapan kelayak ramai dan boleh berkomunikasi dengan baik.
 
OBJEKTIF
 
Mendedahkan peserta kursus kepada teori dan teknik pengucapan awam yang berkesan dan Meningkatkan Kemahiran dan keyakinan diri semasa mengacarakan majlis.
 
KELAYAKAN PESERTA KURSUS
 
  • Pegawai-pegawai yang memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak menghadapi sebarang penyakit yang serius.
  • Pegawai Bomba Gred KB 17 – KB26.
KAEDAH KURSUS

Kursus dijalankan dalam dua kaedah iaitu:
  • Teori
  • Praktikal
Semua peserta kursus DIWAJIBKAN mengikuti kedua-dua kaedah ini. Peserta kursus yang gagal dalam salah satu kaedah kursus ini, dikehendaki mengemukakan surat penjelasan kepada komandan melalui penyelaras kursus.
 
JANGKAMASA KURSUS
 
Perlaksanaan kursus adalah selama 5 hari dan semua peserta kursus perlu mengikuti kursus hingga tamat. Pengecualian menamatkan kursus disebabkan faktor-faktor tertentu perlu mendapatkan sokongan Pegawai Penyelaras Kursus untuk kelulusan Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu