Pengucapan Awam dan Pengacaraan Level 2

PENDAHULUAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia adalah sebuah jabatan yang bukan sahaja melaksanakan tugas sebagai agensi pemadaman dan penyelamatan kepada nyawa dan harta benda, malahan juga bertanggungjawab kepada penyampaian dan pengendalian sesuatu di bawah agenda PENGUCAPAN AWAM DAN PENGACARA MAJLIS.  
 
Menyedari tanggungjawab ini, Kursus PENGUCAPAN AWAM DAN PENGACARA MAJLIS TAHAP 2 penting untuk dilaksanakan diperingkat Jabatan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran  perkonsian pengalaman dan seterusnya  memantapkan kecekapan anggota di dalam ilmu Pengucapan Awam dan Pengacara Majlis. Dalam konteks ini, memindah dan menyampaikan mesej dengan berkesan menjadi cabaran kepada pengucap manakala peranan Pengacara Majlis mempengaruhi peranan yang dimainkan oleh pengucap didalam sesuatu situasi seperti majlis, upacara, taklimat dan sebagainya dengan ini secara tak langsung dapat mempertingkatkan imej   pegawai-pegawai bomba sebagai satu aset yang penting dalam memajukan lagi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia, kearah yang lebih sistematik dan terkini sebagaimana yang dihasratkan oleh jabatan.  
 

TUJUAN

  • Menjelaskan panduan dan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam mengendalikan sebarang majlis yang dianjurkan.
  • Menerapkan kemahiran latihan yang mana setiap peserta kursus di wajibkan mengikuti setiap latih amal dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kemahiran berucap menggunakan kaedah-2 dan strategi berucap (komunikasi) yang menyumbang ke arah keberkesanan pengucapan dan penyampaian taklimat
  • Mampu  menggunakan teknik menyampaikan persembahan tersusun, mudah difahami, menarik dan memberangsangkan ketika mengacara majlis.

KELAYAKAN PESERTA KURSUS

  • Pegawai Bomba Gred KB 17 & KB 22
 

KAEDAH KURSUS

 
Kursus dilaksanakan melalui beberapa kaedah iaitu seperti berikut:
  • Teori
  • Latih Amal & Praktikal
  • Syarahan, Perbincangan
  • Aktiviti dalam Kumpulan
 

JANGKAMASA KURSUS

 
Perlaksanaan  kursus adalah selama 5 hari/seminggu dan semua peserta kursus perlu mengikuti kursus hingga tamat. Pengecualian menamatkan kursus disebabkan faktor-faktor tertentu perlu mendapatkan sokongan Pegawai Penyelaras kursus untuk kelulusan bertulis daripada Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu