Pengurusan Balai

Pendahuluan

Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan satu organisasi yang terpenting di dalam jabatan dalam memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan kepada masyarakat umum. Prestasi dan pencapaian hasil kerja melalui perkhidmatan yang diberikan oleh warga jabatan sentiasa dinilai secara menyeluruh oleh masyarakat terutamanya melalui tindakan dan gerak kerja operasi yang dilaksanakan serta lain-lain perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai bomba di sesebuah balai. Sehubungan dengan itu, kualiti pengurusan balai secara menyeluruh dan efektif perlu terus  dipertingkatkan bagi memastikan hasrat murni jabatan dapat direalisasikan dengan jayanya. Penekanan kepada aspek-aspek pengurusan balai yang berkualiti serta berkesan merangkumi prestasi kerja, pengukuhan personaliti, pemantapan tahap disiplin dan profesionalisme dari segi sikap, kecekapan dan kemahiran serta berpengetahuan luas dalam ilmu-ilmu pengurusan adalah diharapkan bakal melahirkan Pegawai-pegawai Bomba yang berintegriti, kompetitif, kompeten, berkualiti dan profesional seterusnya memacu ke arah peningkatan produktiviti kerja berpasukan di kalangan kakitangan balai  selari dengan objektif, misi dan visi jabatan bagi memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan terunggul.

Tujuan

Menyediakan garis panduan  bagi Kursus Pengurusan Balai yang dirancang dan dilaksanakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Objektif

  • Untuk membantu Akademi/Jabatan dalam merancang dan menjalankan latihan yang efektif dan peningkatan hasil dan kualiti kerja di kalangan Pegawai dan kakitangan dalam usaha meningkatkan lagi prestasi jabatan.
    Untuk menyediakan garis panduan dan rujukan kepada Penyelaras dan jurulatih bagi membolehkan mereka mengendalikan Kursus/Ceramah yang berkaitan dengan Pengurusan Balai dengan lebih berkesan.
    Untuk membantu Akademi/Jabatan dalam merancang dan menjalankan latihan yang efektif dan peningkatan hasil dan kualiti kerja di kalangan Pegawai dan kakitangan dalam usaha meningkatkan lagi prestasi jabatan.
  • Untuk menyediakan garis panduan dan rujukan kepada Penyelaras dan jurulatih bagi membolehkan mereka mengendalikan Kursus/Ceramah yang berkaitan dengan Pengurusan Balai dengan lebih berkesan.

Jangkamasa Kursus

Kursus ini dijalankan selama 2 minggu di FRAM, Wakaf Tapai.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu