Pengurusan dan Kawalan Dokumen (ISO)

PENDAHULUAN
 
Pihak Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar dan panduan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. Antara yang diperkenalkan adalah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 melalui Surat PKPA Bilangan 2 Tahun 2002 Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9001:2000 Dalam Perkhidmatan Awam.
 
SPK MS ISO 9001:2000 adalah suatu piawaian (standard) kualiti pengurusan yang bersifat generik dan boleh digunapakai oleh pelbagai saiz, sektor atau jenis organisasi. Ia memberi tumpuan kepada kepuasan hati pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
 
Antara elemen penting dalam SPK MS ISO 9001:2000 adalah dokumentasi dan rekod. Dokumen yang diwujudkan dalam sistem pengurusan kualiti hendaklah dikawal bagi mengelakkan dokumen yang digunakan adalah dokumen yang betul dan mengikut keperluan semasa. Justeru itu, SPK MS ISO 9001:2000 memerlukan seorang pegawai yang mengurus dan mengawal dokumen.
 
 
TUJUAN
 
Menyediakan suatu tahap kompetensi untuk Pengawal Dokumen melalui kefahaman dan kemahiran untuk mengawal dokumen SPK MS ISO 9001:2000 dengan cekap dan berkesan.
 
 
OBJEKTIF
 
  • Memberi kefahaman dari aspek kawalan dan pengurusan dokumen kualiti.
  • Memberi pengetahuan tentang peranan seorang Pengawal Dokumen
 
KELAYAKAN PESERTA KURSUS
 
  • Sihat tubuh badan
  • Pegawai yang dilantik sebagai Pegawai Dokumen bagi SPK MS ISO 9001:2000
  • Pegawai-pegawai yang berminat dalam kawalan dan pengurusan dokumen dalam SPK MS ISO 9001:2000
 
KAEDAH PELAKSANAAN KURSUS
 
Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teknik syarahan, perbincangan, gerak kerja berkumpulan, soal jawab, kertas kerja dan kajian kes.
 
Kaedah kursus menggunakan bentuk seperti berikut :
  • Teori dan latihan
 
JANGKAMASA KURSUS
 
Pelaksanaan kursus adalah selama 3 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu