Pengurusan Masa & Penyelesaian Masalah

PENDAHULUAN

Jabatan  memandang serius terhadap perkara ini bagi mengaturkan teknik pembelajaran serta penyediaan latihan secara tersusun di dalam usaha untuk mencapai visi dan misi jabatan, iaitu Ke Arah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Dunia.
 
 
TUJUAN
  • Memupuk kesedaran tentang penggunaan masa yang berkesan dalam kehidupan seharian.
  • Memberi kefahaman tentang cara-cara terbaik untuk menganalisa dan menyelesaikan sesuatu masalah.
 
OBJEKTIF
 
Beberapa objektif telahpun dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi kesedaran serta kefahaman keperluan pengurusan masa dan penyelesaian masalah:-
  • Untuk memberi pendedahan tentang pengurusan masa dan teknik-teknik pengurusan masa yang berkesan
  • Supaya pengurusan masa dapat dilaksanakan secara optimum disamping memfokuskan matlamat yang penting untuk kerjaya dan hidup.
  • Untuk memberi pendedahan kepada jenis-jenis teknik penyelesaian masalah.
 
KELAYAKAN PESERTA KURSUS
  • Pegawai Bomba Gred KB17 dan ke atas.
 
KAEDAH KURSUS
 
Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah secara syarahan, perbincangan,  dan soal jawab. Dengan kata lain kursus ini adalah 100% berbentuk teori.
 
Semua peserta kursus DIWAJIBKAN mengikuti setiap sesi sepanjang kursus ini. Sijil kursus tidak akan diberikan kepada mana-mana peserta yang tidak mencapai 80% kehadiran.
 
 
JANGKAMASA KURSUS
 
Pelaksanaan kursus ini adalah selama 5 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat. Kursus ini dianggap penting kerna dapat mengubah paradigma minda peserta ke arah pengurusan diri dan kerjaya yang lebih berkesan.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu