Penyelenggaraan Komputer

PENDAHULUAN

Pengetahuan dan pengalaman dalam aspek pengkomputeran amat penting. Penting dari aspek mengatasi masalah-masalah kecil komputer dan berguna kerana ia mampu membantu menjimatkan masa dan kos. Justeru itu kursus penyelenggaraan komputer diadakan untuk memberi pengetahuan asas berkenaan selenggaraan komputer. Ia tidak bertujuan menjadikan peserta seorang yang pakar tetapi sekadar pendedahan mengenai masalah-masalah biasa dihadapi oleh sesebuah komputer.  

 

TUJUAN

  • Memberi pengetahuan berkaitan dengan pengendalian dan penggunaan komputer serta berupaya menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas komputer dengan berkesan dan betul.
 

OBJEKTIF

  • Memberi pengetahuan asas penyelenggaraan komputer
  • Memberi pendedahan dalam menyelesaikan masalah-masalah kecil teknikal berkaitan komputer
 

 KELAYAKAN PESERTA KURSUS

  • Pegawai Bomba Pelbagai Pangkat
 

KAEDAH PELAKSANAAN KURSUS

Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teknik syarahan, perbincangan, gerak kerja berkumpulan, soal jawab, kertas kerja dan kajian kes.
 
Kaedah kursus menggunakan bentuk seperti berikut : 
  • Teori
  • Amali
 
JANGKAMASA KURSUS
 
Pelaksanaan kursus adalah selama 5 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu