R.I.M Team

PENDAHULUAN

Modul Asas Kemahiran Pengendalian Motosikal Unit R.I.M ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada Pegawai Bomba dalam melaksanakan tugas sebagai pasukan gerak cepat bermotosikal. Kandungan di dalam modul ini adalah menepati kehendak dan objektif pemadaman yang berkesan.
 
Jabatan ini memandang serius terhadap keperluan Unit Tindakan Cepat Bermotosikal dalam meningkatkan imej dan kemampuan melaksanakan tugas memadam dan menyelamat dengan ‘response time’ yang lebih cepat. Ini memerlukan kecekapan dan kemahiran mengendalikan motosikal yang cekap serta mematuhi Prosedur Operasi Seragam dan Peraturan Keselamatan Jalan Raya dalam usaha mencapai visi dan misi menjadi Sebuah Organisasi Latihan Kebombaan Bertaraf Dunia.
 
 
TUJUAN
  • Memberi garis panduan dalam mengendalikan kursus Asas Kemahiran Pengendalian Motosikal Unit R.I.M.
  • Rujukan kemahiran dan teknik menunggang dengan betul dan selamat.
 
OBJEKTIF
  • Beberapa objektif telah dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi pengetahuan serta meningkatkan kemahiran dan kefahaman tentang keperluan kursus Asas Kemahiran Pengendalian Motosikal Unit R.I.M:-
  • Meningkatkan pengetahuan berkaitan bidang tugas dan tanggungjawab berdasarkan Prosedur Operasi Seragam secara menyeluruh.
  • Meningkatkan pengetahuan asas secara teori dan praktikal pengendalian motosikal berkuasa tinggi.
  • Meningkatkan sikap bertanggungjawab sewaktu mengendalikan motosikal.
  • Menerapkan aspek-aspek keselamatan sewaktu menunggang motosikal.
  • Menerapkan teknik-teknik pengendalian khas motosikal berkuasa tinggi.
  • Meningkatkan keyakinan diri sewaktu menunggang motosikal.
  • Meningkatkan pengetahuan secara teknikal berkaitan spesifikasi motosikal dan peralatan.
 
KELAYAKAN PESERTA KURSUS
  • Pegawai Bomba Unit R.I.M yang sihat mental dan fizikal.
  • Pegawai Bomba Unit R.I.M Gred KB17, KB22, KB24 dan KB26.
  • Pegawai Bomba yang memiliki lesen memandu kelas ’B’ yang sah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
  • Pegawai Bomba Unit R.I.M yang telah dilantik secara sah oleh Pengarah Negeri.
  • Pegawai Latihan dan Jurulatih dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat.
 
KAEDAH PERLAKSANAAN KURSUS

Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah pembelajaran yang melibatkan teori, dan praktikal dengan penyampaian melalui teknik ceramah, syarahan, perbincangan, dan gerak kerja.
 
Kaedah kursus:
  • Teori.
  • Praktikal.
Semua peserta kursus di WAJIBKAN mengikuti semua subjek di dalam kaedah tersebut.
 
 
JANGKAMASA KURSUS

Perlaksanaan kursus adalah selama 5 hari dan semua peserta kursus perlu mengikuti kursus sehingga tamat. Jangkamasa yang telah dirangka bersesuaian dengan subjek bagi memastikan semua peserta mendapat pengetahuan asas mengendalikan motosikal Unit R.I.M.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu