Menengah Access

PENDAHULUAN

Modul kursus Menengah Access ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada pegawai bomba dan kakitangan jabatan dalam melaksanakan tugas-tugas di pejabat. Kandungan di dalam modul kursus ini adalah menepati kehendak dan objektif pembelajaran perisisan Access di peringkat yang lebih tinggi.
 
Kemahiran penggunaan perisian Access adalah penting sebagai satu lagi kaedah pemprosesan data yang lebih cekap, cepat dan bersistematik
 

TUJUAN
 
  • Memberi garispanduan dalam mengendalikan kursus Menengah Access.
  • Rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran Menengah Access.
 
OBJEKTIF
 
Beberapa objektif telahpun dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi pengetahuan serta kefahaman tentang keperluan mempelajari kursus Menengah Access:-
 
  • Mengetahui dan memahami kaedah menggunakan perisian Microsoft Access dengan lebih mendalam.
  • Mengetahui bagaimana mencipta dan mengurus data dengan lebih tersusun dan bersistematik.
  • Mengetahui cara mempersembahkan data dengan lebih mudah difahami dan mudah diaplikasi.
 
KELAYAKAN PESERTA KURSUS
 
  • Sihat tubuh badan
  • Pegawai Bomba Gred KB17 hingga KB 41 dan anggota gunasama.
  • Pegawai yang terlibat secara langsung dengan tugas-tugas pengkeranian dan pemprosesan data.
  • Telah mengikuti kursus Asas Access.
 
KAEDAH PELAKSANAAN KURSUS
 
Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah teori dan pratikal dengan menggunakan teknik syarahan, perbincangan, latihan amali, soal jawab dan kertas kerja.
 
Kaedah kursus menggunakan 2 bentuk iaitu :
  • Teori
  • Praktikal
Semua peserta kursus di WAJIBKAN mengikut kedua-dua kaedah kursus.
 

ANGKAMASA KURSUS

Pelaksanaan kursus adalah selama 5 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu