Pendahuluan
Pembangunan kerjaya Pegawai Bomba bermula dari kemasukan awal ke dalam perkhidmatan bomba hingga ke tarikh persaraan. Menerusi program latihan yang telah disusun, Pegawai Bomba diharap mampu meningkatkan prestasi diri serta mengurus Jabatan dengan mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi ke dalam proses kerja harian
Pembangunan dan peningkatan kerjaya amat penting bagi menguji tahap pengetahuan dan mencungkil kemahiran tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang pekerja. Ianya juga adalah bagi mempertingkatkan potensi diri dan jabatan ke arah yang lebih cemerlang. Peningkatan kerjaya hanya boleh dilaksanakan dengan adanya kesedaran untuk mempertingkatkan diri dari masa ke semasa. Kemajuan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kewibawaan dan kecemerlangan pekerjanya.
Tujuan
- Menyediakan garis panduan bagi Kursus Pembangunan Kerjaya yang dilaksanakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.
- Memberi garis panduan kepada peserta kursus untuk meningkatkan kerjaya dan menghadapi peperiksaan di dalam Jabatan.
Objektif
- Untuk membantu Akademi/Jabatan dalam merancang dan menjalankan latihan yang efektif dan peningkatan hasil dan kualiti kerja di kalangan Pegawai dan kakitangan dalam usaha meningkatkan lagi prestasi jabatan.
- Untuk menyediakan garis panduan dan rujukan kepada Penyelaras dan jurulatih bagi membolehkan mereka mengendalikan Kursus/Ceramah yang berkaitan dengan pembangunan kerjaya dengan lebih berkesan.
- Untuk meningkatkan pengetahuan yang bersesuaian dengan dasar kerajaan yang mengutamakan pembangunan modal insan
Jangkamasa Kursus
Kursus ini dijalankan selama 5 hari di FRAM, Wakaf Tapai.