Asas Komputer

PENDAHULUAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan satu jabatan beruniform yang memberikan perkhidmatan dari segi kebombaan dan penyelamatan kepada masyarakat umum. Imej jabatan yang sering dinilai oleh pelanggan jabatan dan ‘stakeholder’ bukan sahaja dari segi kadar kes kejadian yang dihadiri atau diselesaikan di semua peringkat dalam organisasi tetapi juga melibatkan prestasi, pengetahuan dan kemahiran Pegawai-Pegawai dan anggota jabatan. Salah satu aspek yang penting dalam melahirkan Pegawai Bomba yang berkualiti dan profesional adalah memiliki kemahiran IT dan komputer yang mendalam dalam pelaksanaan tugas-tugas seharian, pemupukan sikap positif dan keyakinan diri di kalangan pegawai-pegawai bomba. Kualiti, produktiviti dan profesionalisma pegawai-pegawai jabatan akan meningkat secara keseluruhan melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan di dalam bidang IT dan komputer secara berterusan. Sehubungan itu, kursus Asas  Komputer perlu dilaksanakan bagi dapat memantapkan lagi pengetahuan, dan kemahiran pegawai-pegawai dalam bidang IT dan komputer selaras dengan peranan, objektif dan visi jabatan.
 
 
TUJUAN

Menyediakan garis panduan bagi Kursus Asas Komputer yang dilaksanakan di Akademi Bomba  dan  Penyelamat   Malaysia.
 
 
OBJEKTIF

  • Untuk membantu Akademi/Jabatan dalam merancang dan menjalankan latihan komputer dan IT di peringkat menengah kepada Pegawai dan kakitangan dalam usaha meningkatkan imej dan prestasi jabatan.
  • Untuk memberi panduan dan rujukan kepada Penyelaras dan Jurulatih bagi membolehkan mereka mengendalikan Kursus/Ceramah yang berkaitan dengan bidang IT dan komputer di peringkat menengah dengan lebih berkeyakinan dan berkesan.

JANGKAMASA  KURSUS

Kursus ini dilaksanakan  selama 5 hari  dan semua peserta kursus diwajibkan perlu mengikuti kursus ini sehingga tamat. Pengecualian menamatkan kursus disebabkan faktor-faktor tertentu perlu mendapatkan kelulusan Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu