Asas Penyeliaan

PENDAHULUAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah sebuah jabatan yang bukan sahaja melaksanakan tugas sebagai agensi penyelamat  kepada nyawa dan harta benda awam malah juga bertanggungjawab kepada kerja–kerja pentadbiran, pengurusan rekod dan aset kerajaan, kerja kerja penyeliaan dan menjadi seorang Pegawai Bomba yang berpengetahuan luas dari berbagai aspek. Menyedari tanggungjawab ini, Kursus Asas Penyeliaan telah dilaksanakan yang bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan seterusnya  memantapkan kecekapan anggota didalam  penyeliaan dan penyelenggaraan rekod-rekod yang berkaitan dengan aset kerajaan kearah yang lebih sistematik dan terkini sebagaimana yang dihasratkan oleh jabatan.
 
TUJUAN

Menyediakan garis panduan  bagi Kursus Asas Penyelia yang dilaksanakan di Akademi Bomba  dan  Penyelamat   Malaysia.
 
OBJEKTIF
  • Dapat  menambahkan pengetahuan dan keyakinan diri dalam menjalankan tugas yang melibatkan komunikasi atau perhubungan antara anggota dan orang awam.
    Mendapat kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod dan fail sepertimana yang diperuntukan didalam Akta Arkib Negara  2003.
    Menambahkan pengetahuan dan kefahaman untuk menjadi pemimpin yang baik dan dicontohi  oleh anggota bomba dan orang awam.
    Untuk menjadi pegawai bomba yang cekap dan berperaturan dalam mengendalikan peralatan kebombaan.
    Dapat  menambahkan pengetahuan dan keyakinan diri dalam menjalankan tugas yang melibatkan komunikasi atau perhubungan antara anggota dan orang awam.
  • Mendapat kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod dan fail sepertimana yang diperuntukan didalam Akta Arkib Negara  2003.
  • Menambahkan pengetahuan dan kefahaman untuk menjadi pemimpin yang baik dan dicontohi  oleh anggota bomba dan orang awam.
  • Untuk menjadi pegawai bomba yang cekap dan berperaturan dalam mengendalikan peralatan kebombaan.

JANGKAMASA KURSUS

Kursus ini dijalankan selama 2 minggu di FRAM, Wakaf Tapai.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu