Bilik Kawalan dan Pili Bomba

PENDAHULUAN

Bilik Kawalan merupakan suatu nadi penggerak untuk semua gerakan operasi ataupun dipanggil tempat mendapatkan maklumat. Ianya diklasifikasikan sebagai nadi utama oleh kerana semua gerakan operasi akan berpandukan kepada maklumat yang diperolehi dari Bilik Kawalan ini. Justeru itu, dengan adanya kekuatan dari segi pengurusan yang teratur dan cekap dari semua aspek maka akan tercapailah visi dan misi Jabatan iaitu Kearah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Dunia. Pili Bomba pula adalah senjata utama di dalam Jabatan ini dan ianya merupakan kekuatan yang harus di jaga dan di selenggarakan dengan baik untuk memastikan ianya berada dalam keadaan yang memuaskan. Oleh itu, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan Pili Bomba ini untuk memastikannya dapat digunakan apabila berlaku kebakaran. Ketidakupayaan yang disebabkan oleh kerosakan Pili Bomba ini akan menyebabkan kesukaran pegawai bomba untuk menjalankan tugas pemadaman dan seterusnya akan merosakan imej Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

 

TUJUAN

Menerang dan menjelaskan tentang prosedur dan tatacara yang betul semasa bertugas di Bilik Kawalan.
Menerangkan kepada semua peserta kursus supaya dapat memahami, mempelajari serta menghayati kepentingan Pili Bomba dan memastikan pemeriksaan serta penyelenggaraan yang sempurna dibuat ke atas pili bomba.

Menerang dan menjelaskan tentang prosedur dan tatacara yang betul semasa bertugas di Bilik Kawalan. Menerangkan kepada semua peserta kursus supaya dapat memahami, mempelajari serta menghayati kepentingan Pili Bomba dan memastikan pemeriksaan serta penyelenggaraan yang sempurna dibuat ke atas pili bomba.

 

OBJEKTIF

Untuk memastikan segala tindakan yang dijalankan sebelum, semasa dan selepas kursus berjalan dengan lancar dan teratur terutamanya di dalam perkara-perkara berikut :

  • Meyakinkan anggota supaya dapat menjalankan tugas di Bilik Kawalan dengan lebih teratur serta mengikut prosedur-prosedur yang sedia ada.
  • Supaya anggota dapat mengendalikan Bilik Kawalan dengan sempurna.
  • Menyenaraikan garispanduan berkenaan dengan Bilik Kawalan untuk para peserta.
  • Menyakinkan lagi kepada anggota dalam membuat pemeriksaan Pili Bomba dengan mengikut prosedur yang betul.
  • Memastikan anggota supaya dapat memahami tentang pemasangan Pili Bomba, ujian pili bomba, kepentingan Pili Bomba.

 

KELAYAKAN PESERTA KURSUS

  • Pegawai Bomba Gred KB17
  • Pegawai yang menjalankan tugas sebagai Pegawai Bilik Kawalan
  • Pegawai yang menjalankan tugas sebagai Pegawai Pili Bomba

 

KAEDAH KURSUS

Kaedah kursus di adakan 2 bentuk iaitu :

  •   Teori
  •   Praktikal
Semua peserta kursus di WAJIBKAN mengikut kedua-dua kaedah kursus. Peserta akan dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil supaya dapat memahami pembelajaran dengan lebih terperinci dan berkesan. Di akhir kursus ini, semua peserta akan membuat latihan praktikal  di Bilik Kawalan dan juga akan menjalankan pemeriksaan pili bomba di balai-balai bomba yang berhampiran.

 
JANGKAMASA KURSUS

Kursus ini dijalankan selama 5 hari di FRAM, Wakaf Tapai.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu