Diploma Lanjutan Sains Kebombaan

 

Pendahuluan

Kursus ini dibuat kepada peringkat Pegawai -Pegawai Bomba yang baru memulakan perkhidmatannya dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang mana kumpulan sasarannya adalah dari gred KB 41. Berdasarkan kepada tugas-tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mereka yang baru memulakan perkhidmatan adalah amat  perlu didedahkan dan diberikan latihan yang berkaitan dengan ilmu kebombaan.

Tujuan

Berperanan untuk membentuk fizikal dan mental anggota. Dengan mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas ini, adalah diharapkan mereka dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.

Objektif

  • Melahirkan Pegawai -Pegawai Bomba dan Penyelamat yang kompiten dan berkualiti dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka.
  • Memberikan pengetahuan asas dalam Kebombaan melalui kaedah teori dan praktikal bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
  • Memberikan kemahiran asas yang diperlukan bagi seseorang pegawai dalam tugas memadam dan mencegah kebakaran.
  • Memberikan kemahiran asas yang diperlukan bagi seseorang pegawai dalam tugas penyelamatan samada untuk mangsa atau diri sendiri.
  • Memupuk dan membentuk disiplin serta sikap yang baik semasa melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.
  • Membentuk sikap kerja berpasukan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Jangkamasa Kursus

Kursus ini dijalankan selama 9 bulan di FRAM, Wakaf Tapai.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu