Pengenalan

Pengajian Penyiasatan Kebakaran  yang satu ketika dahulu dikenali sebagai Pusat Pengajian Undang - Undang di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai adalah salah satu bahagian daripada cabang pengajian – pengajian yang ada di Akademi ini. Disebabkan oleh perubahan struktur organisasi Jabatan  Bomba Dan Penyelamat Malaysia, di mana berlaku beberapa perubahan bahagian – bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya, maka Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia tak terkecuali daripada menerima perubahan tersebut. Bahagian Penyiasatan yang dahulunya merupakan satu unit yang kecil di bawah Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah dikembangkan menjadi satu bahagian melalui penstrukturan semula Jabatan.Ia merupakan bahagian yang semakin penting dalam menyokong “ core business ‘’ JBPM pada hari ini. Walaupun namanya sama tapi fungsi dan peranannya adalah berbeza dari segi tugas dan tanggungjawab.

Di Ibu Pejabat Putrajaya Bahagian Penyiasatan berperanan sebagai bahagian yang membuat pengubalan beberapa peraturan yang berkait dengan bidang penyiasatan kebakaran atau Fire Forensik dan menyediakan kepakaran dan tenaga pengajar dalam bidang tersebut. Di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Pengajian Penyiasatan Kebakaran bertangggungjawab dalam menyediakan beberapa modul pembelajaran kepada klien jabatan iaitu pelatih – pelatih baru dan anggota Bomba Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA