Pemeriksaan Premis

PENGENALAN

Modul kursus Tatacara Pemeriksaan Premis adalah kategori kursus semasa dan ianya direkabentuk khas sebagai panduan di dalam mengendalikan latihan dan kursus bagi memberi pengetahuan serta pendedahan bagaimana untuk melaksanakan pemeriksaan di premis dengan tatacara yang betul dan menepati kehendak serta objektif tatacara pemeriksaan premis yang berkesan menurut Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga amat memandang serius terhadap pekara ini kerana kerja-kerja Pemeriksaan Premis adalah suatu tugas yang penting dan perlu dijalankan dengan seberapa kerap yang mungkin dan seragam tatacara pemeriksaannya dengan tujuan mencegah dan mengurangkan risiko peratus wujudnya bahaya kebakaran. Ianya disusun sedemikian rupa supaya mengikut proedur-prosedur yang betul dan selaras perlaksanaanya  bagi mencapai visi dan misi iaitu untuk menjadi Sebuah Organisasi Latihan Kebombaan Bertaraf Dunia.
 

TUJUAN
  • Memberi garispanduan dalam mengendalikan kursus Tatacara Pemeriksaan Premis.
  • Rujukan dalam melakukan kerja-kerja Tatacara Pemeriksaan Premis dengan betul dan berkesan.

OBJEKTIF

Beberapa objektif kursus telah dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan agar di akhir kursus, peserta kursus akan dapat:-
  • Meningkatkan kefahaman tentang kaedah perlaksanaan pemeriksaan premis.
  • Meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengenai kaedah pemeriksaan dan pengujian kelengkapan menentang kebakaran.
  • Meningkatkan keyakinan dan kemahiran serta skill dalam prosedur dan kuasa berkaitan dengan pemeriksaan premis.

KELAYAKAN PESERTA KURSUS

  • Sihat tubuh badan
  • Pegawai Bomba Gred KB 17 hingga KB 29
  • Pegawai Bomba yang akan dilantik sebagai pegawai penguatkuasa, Pegawai Penjaga Balai, Pegawai Operasi, Bahagian Pencegah dan pegawai yang melaksanakan dan bertanggungjawab terhadap pemeriksaan premis bagi tujuan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

KAEDAH PELAKSANAAN KURSUS

Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teori, praktikal dan penggunaan rumah simulasi di samping menggunakan teknik syarahan, perbincangan, gerakerja berkumpulan, soal jawab, kertas kerja (pengisian borang) beserta kajian kes.

Kaedah kursus adalah menggunakan dalam dua (2) bentuk penyampaian iaitu :-
  • Teori
  • Praktikal

JANGKAMASA KURSUS

Perlaksanaan kursus ini adalah selama lima (5) hari dan semua peserta adalah perlu mengikuti kursus hingga tamat. Kursus ini dianggap penting kerana ianya merupakan asas utama kepada keselamatan untuk mencegah kebakaran di premis dengan melalui proses tatacara pemeriksaan premis.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu