Pendakwaan

PENDAHULUAN

Modul kursus Pendakwaan ini direkabentuk sebagai panduan dalam menghadapi sesuatu perbicaraan di Mahkamah. Sebagai seorang pegawai pendakwa haruslah memahami dengan mendalam berkenaan prosedur-prosedur sebelum, semasa dan selepas sesuatu perbicaraan.
 
Jabatan memandang serius terhadap perkara ini kerana ianya memperlihatkan perkaitan antara Jabatan Bomba dengan masyarakat umum. Melalui pendakwaan ianya memperlihatkan penguatkuasaan undang-undang kebombaan dijalankan dan dikuatkuasakan dengan betul. Ianya mestilah disusun dan diatur mengikut prosedur-prosedur yang betul dalam usaha mencapai visi dan misi iaitu Kearah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Dunia.

 
TUJUAN
  • Memberi garis panduan kepada peserta dalam proseding perbicaraan.
  • Memberikan pendedahan kepada peserta dalam merasai suasana sebenar semasa perbicaraan berlangsung.
  • Memberi keyakinan kepada peserta dalam menghadapi sesuatu perbicaraan.
 
OBJEKTIF

Beberapa objektif  telah pun dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi pengetahuan serta kefahaman tentang keperluan mempelajari kursus Pendakwaan :-
  • Untuk memberi keyakinan dan kemahiran kepada pegawai Bomba / Pegawai Pendakwa dalam prosedur pendakwaan.
  • Untuk meningkatkan pengentahuan peserta mengenai pemeriksaan saksi dan Undang-Undang keterangan serta pemakaiannya dalam perbicaraan.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dalam prosedur pendakwaan dan juga proses-proses pendakwaan.
  • Meningkatkan kemahiran dalam menggunakan dan mengaitkan mama-mana akta yang terlibat dalam proses pendakwaan.

KELAYAKAN PESERTA KURSUS
  • Sihat tubuh badan
  • Pegawai Bomba Gred KB 29 - KB 41
  • Pegawai yang ditempatkan dibahagian Penguatkuasaan negeri khususnya dibahagian pendakwaan
  • Pegawai yang ditempatkan dibahagian Penguatkuasa negeri.

KAEDAH KURSUS

Kursus ini akan dijalankan dengan beberapa kaedah seperti syarahan, amali dan trial.
Kaedah kursus di adakan 2 bentuk iaitu :
  • Teori - 70 %
  • Praktikal - 30 %
Semua peserta kursus di WAJIBKAN mengikut kedua-dua kaedah kursus. Peserta akan dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil supaya dapat memahami pembelajaran dengan lebih terperinci dan berkesan.
 

JANGKAMASA KURSUS

Pelaksanaan kursus adalah selama 10 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat. Kursus ini dianggap penting adalah kerana ianya merupakan asas utama dalam menjalankan tugas  sebagai seorang pegawai pendakwa.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu