Akta 341 (Gred KB17)

PENDAHULUAN

Modul kursus AKTA 341 bagi pegawai Gred KB 17  ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada pegawai bomba tersebut dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai bantuan di dalam menjalankan Penguatkuasaan dan Pencegahan disamping tugas-tugas operasi amnya. Kandungan di dalam modul kursus ini adalah menepati kehendak dan objektif jabatan di dalam pengisian  pengetahuan pegawai / anggota bomba di dalam ilmu Undang-Undang Perkhidmatan Bomba 1988 .

Jabatan  mengambil perspektif yang serius terhadap perkara ini kerana AKTA 341 bagi JBPM adalah sebagai alat / benteng perlindungan kepada Pegawai dan Anggota yang melibatkan bidang penyelamatan nyawa orang awam. Proses pembelajaran Kursus Akta ini perlu disusun dan diatur mengikut prosedur-prosedur yang betul dan sejajar dengan usaha mewujudkan kreativiti dan inovatif disepanjang kualiti perkhidmatan di dalam matlamat  mencapai visi dan misi iaitu Ke Arah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Dunia.  


 
TUJUAN
  •  Memberi garis panduan dalam mengendalikan kursus AKTA 341.
  • Rujukan dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan AKTA 341.

OBJEKTIF
  • Mengenal pasti sumber-sumber undang-undang di Malaysia.
  • Memahami peringkat-peringkat pengubalan undang-undang di Malaysia.
  • Mengenalpasti corak pemerintahan di Malaysia.
  • Mengenal pasti hiraki Mahkamah di Malaysia.
  • Mengenal pasti tujuan dan sejarah pengwujudan Akta 341.
  • Mengetahui dan memahami makna serta mengenal pasti bilangan bahagian dan Jadual serta peraturan yang terkandung di dalam Akta 341.
  • Mengetahui bagaimana proses dan pemakaian seksyen-seksyen tersebut mengikut bahagian-bahagian secara spesifik terutamanya yang melibatkan operasi.
  • Mengetahui dan memahami tentang penggunaan borang-borang secara asas / makluman lisan & teori.

KELAYAKAN PESERTA KURSUS
  • Sihat tubuh badan.
  • Pegawai Bomba Gred KB 17
  • Pegawai yang terlibat secara langsung dengan Penguatkuasaan
  • Semua pelatih-pelatih yang sedang berkursus di semua pusat latihan dan Akademi Bomba dan Penyelamatan Malaysia

KAEDAH KURSUS

Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teori, menggunakan teknik syarahan, perbincangan, gerak kerja berkumpulan, soal jawab, kertas kerja dan kajian kes.

Kaedah kursus di adakan 2 bentuk iaitu :
  • Teori (100%)
  • Perbincangan kes (0%)
Semua peserta kursus di WAJIBKAN mengikut kedua-dua kaedah kursus. Peserta akan dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil supaya dapat berbincang tentang permasalahan yang diberikan dan memahami pembelajaran dengan lebih terperinci dan berkesan.
 
 
JANGKAMASA KURSUS

Pelaksanaan kursus adalah selama 2 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat. Kursus ini dianggap penting adalah kerana ianya merupakan asas utama didalam menjalankan tugas  penguatkuasaan.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu