Tatacara Pengkompaunan

PENDAHULUAN

Modul kursus pengkompaunan ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada pegawai-pegawai bomba untuk melaksanakan tugas sebagai pegawai pengkompaunan dan juga sebagai pegawai pengadu mengikut konteks penguatkuasaan peruntukan seksyen 59, Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Kandungan  di dalam modul kursus ini adalah menepati kehendak dan objektif pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Bahagian Penguatkuasa JBPM khuusnya memandang berat kes - kes pelanggaran mana-mana peruntukan Akta yang telah ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Arahan Penguatkuasaan Bil 2 tahun 2001. Menerusi Arahan Penguatkuasa telah dijelaskan dengan terperinci bagaimana kaedah pengkompaunan dapat dilaksanakan dengan betul dan berkesan. Menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan akan dapat membantu peserta memahami dengan jelas tentang pelaksaan yang sebenar dan dapat membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan kaedah-kaedah pengkompaunan.
 

TUJUAN
 
Memberi panduan kepada pegawai-pegawai bomba untuk melaksanakan kerja-kerja pengkompaunan kesalahan – kesalahan yang termaktud dalam pindaan peraturan 2, Peraturan-peraturan Perkhidmatan Bomba ( Pengkompaunan Kesalahan ) (Pindaan) 2004 ( P.U(A) 281 )
 
OBJEKTIF
 
Beberapa objektif  telahpun ditetapkan bagi mencapai sasaran yang diperlukan untuk memberi pengetahuan serta kefahaman tentang keperluan mempelajari Kursus Pengkompaunan Kesalahan :-
  • Mengetahui dan mempunyai kemahiran dalam pelaksanaan pengkompaunan kesalahan.
  • Meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam melaksanakan tugas dan melengkapkan proses pengkompaunan.
KELAYAKAN PESERTA KURSUS
  • Pegawai-pegawai Bomba yang bertugas dan akan bertugas di Bahagian dan Unit Penguatkuasa.
  • Pegawai-pegawai Bomba yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pengkompaunan
KAEDAH KURSUS

Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah seperti syarahan, praktikal, kajian kes, perbincangan dan penyediaan kertas kerja.
Kaedah kursus di adakan 2 bentuk iaitu :
  • Teori - 90%
  • Praktikal - 10%
JANGKAMASA KURSUS

Pelaksanaan kursus adalah selama 5 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat. Kursus ini dianggap penting kerana ianya merupakan asas utama dalam melaksanakan tugas-tugas pengkompaunan.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu