Menengah Penyiasatan Kebakaran

PENDAHULUAN

Modul kursus Menengah Penyiasatan Kebakaran ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada anggota bomba khususnya kepada Pegawai Penyiasatan Kebakaran (FIO) dalam melaksanakan tugas kebombaan secara profesional. Seiring dengan kepesatan pembangunan di Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020, jabatan juga tidak seharusnya ketinggalan dalam usaha mempertingkatkan lagi mutu serta kualiti perkhidmatan. Hal ini adalah seiring dengan kehendak jabatan dalam usaha mencapai visi dan misi iaitu Kearah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Dunia. Dengan lahirnya FIO yang terlatih serta cekap melaksanakan tugas penyiasatan kebakaran, diharapkan tanggungjawab penyiasatan kebakaran di Malaysia yang dipikul oleh JBPM akan setanding institusi kebombaan di negara-negara maju.
 
 
TUJUAN
  • Memberi garis panduan dalam mengendalikan kursus Menengah Penyiasatan Kebakaran
  • Ilmu penyiasatan kebakaran yang lebih terperinci khusus untuk semua FIO JBPM.

OBJEKTIF

Beberapa objektif  telah dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi pengetahuan serta kefahaman tentang keperluan mempelajari kursus Menengah Penyiasatan Kebakaran :-
  • Mempertingkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan di kalangan FIO melalui kaedah teori dan praktikal bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas penyiasatan kebakaran dengan cekap dan berkesan.
  • Memberi kefahaman secara khusus kepada semua FIO berhubung sesuatu subjek penyiasatan kebakaran .
  • Mempelajari kaedah-kaedah yang lebih bersistematik.
  • Membentuk sikap kerja berpasukan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

KELAYAKAN PESERTA KURSUS
 
Kursus ini adalah khusus untuk Pegawai Penyiasatan Kebakaran JBPM sahaja.
 

KAEDAH KURSUS
 
Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teori, praktikal dan simulasi dengan menggunkan teknik syarahan, perbincangan, gerak kerja berkumpulan, soal jawab, kertas kerja atau ujian dan kajian kes. Kaedah perjalanan kursus ini adalah :
  • Teori-40%
  • Praktikal-30%
  • Ujian/Kertas kerja-30%

JANGKA MASA KURSUS
 
Pelaksanaan kursus adalah selama 10 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu