Pengenalan

Keupayaan untuk mencipta, mengagih serta menggunakan ilmu pengetahuan dan maklumat merupakan faktor terpenting yang mendorong ke arah pertumbuhan, kemajuan dan peningkatan kualiti perkhidmatan. Menyedari bahawa ICT adalah penggerak penting untuk mencapai objektif ini, Akademi turut memberi tumpuan kepada penggunaan ICT dalam semua bidang pengurusan, pembelajaran dan latihan selaras dengan perubahan teknologi semasa. Agenda IT Negara yang bertujuan menjadikan negara sebagai sebuah masyarakat bermaklumat selaras dengan objektif Wawasan 2020, memberi tumpuan kepada pembangunan insan dan peningkatan kerjasama antara sector awam dan swasta. Justeru itu Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai telah menubuhkan Unit ICT pada 1 Mei 2005, untuk memantapkan lagi pelaksanaan program dan kursus di Akademi.

Peranan utama unit ini adalah untuk memberikan khidmat sokongan dan bantuan dari segi teknikal dan aplikasi ICT dalam pelaksanaan kursus dan program utama Akademi seperti dokumentasi audio-visual, penggambaran, pencetakan bahan-bahan ilmiah, penerbitan majalah, desktop pubishing, penyediaan sijil-sijil kursus yang dianjurkan oleh Akademi dan penyediaan alat bantu bantu mengajar seperti komputer riba, LCD dan PA system.


DATA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA