Dalam mencapai matlamat Unit ICT telah menggariskan objektifnya seperti berikut:

  • Menyiapkan percetakan yang berkualiti mengikut salinan asal pelanggan dalam tempoh masa yang dikehndaki berdasrkan kualiti bahan yang dicetak.
  • Memastikan PA Sistem, auditorium dan juga studio sentiasa berada dalam keadaan siap sedia selewat lewatnya 30 minit sebelum digunakan apabila diperlukan dan membuat pertukaran segera setelah menerima laporan kerosakan.
  • Memastikan sijil-sijil kursus dibuat dengan betul, disiapkan dan disampaikan kepada Ketua unit Hal Ehwal Pelatih.
  • Menyelenggara dan memastikan rangkaian dan jaringan maklumat dan komunikasi multimedia di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai sentiasa berfungsi dengan baik.
  • Memastikan setiap penyediaan dan pengedaran kertas soalan peperiksaan menepati masa yang ditetapkan.

Keupayaan untuk mencipta, mengagih serta menggunakan ilmu pengetahuan dan maklumat merupakan faktor terpenting yang mendorong ke arah pertumbuhan, kemajuan dan peningkatan kualiti perkhidmatan. Menyedari bahawa ICT adalah penggerak penting untuk mencapai objektif ini, Akademi turut memberi tumpuan kepada penggunaan ICT dalam semua bidang pengurusan, pembelajaran dan latihan selaras dengan perubahan teknologi semasa. Agenda IT Negara yang bertujuan menjadikan negara sebagai sebuah masyarakat bermaklumat selaras dengan objektif Wawasan 2020, memberi tumpuan kepada pembangunan insan dan peningkatan kerjasama antara sector awam dan swasta. Justeru itu Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai telah menubuhkan Unit ICT pada 1 Mei 2005, untuk memantapkan lagi pelaksanaan program dan kursus di Akademi.

Peranan utama unit ini adalah untuk memberikan khidmat sokongan dan bantuan dari segi teknikal dan aplikasi ICT dalam pelaksanaan kursus dan program utama Akademi seperti dokumentasi audio-visual, penggambaran, pencetakan bahan-bahan ilmiah, penerbitan majalah, desktop pubishing, penyediaan sijil-sijil kursus yang dianjurkan oleh Akademi dan penyediaan alat bantu bantu mengajar seperti komputer riba, LCD dan PA system.


  • Mengadakan khidmat dan menyiapkan bahan percetakan yang berkualiti mengikut salinan asal pelanggan dalam tempoh masa yang dikehendaki berdasarkan kualiti bahan yang dicetak.
  • Mengadakan khidmat pengendalian peralatan siaraya dan kawalan system bunyi di auditorium dan juga studio sebelum digunakan apabila diperlukan dan membuat pertukaran segera setelah menerima laporan kerosakan.
  • Mengadakan khidmat mencetak sijil-sijil kursus bagi semua akademi dan pusat latihan bomba seluruh Negara.
  • Memantau dan memastikan rangkaian dan jaringan maklumat dan komunikasi multimedia di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai sentiasa berfungsi dengan baik.
  • Mengadakan khidmat mencetak dan mengedarkan kertas soalan peperiksaan 14 hari sebelum tarikh peperiksaan bagi Akademi Bomba Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu dan Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wilayah Ipoh, Shah Alam, Kuching dan Kota Kinabalu.
  • Mengadakan khidmat mencetak dan mengedar kertas soalan 2 hari sebelum tarikh peperiksaan bagi Akademi Bomba Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Main Menu