Pengenalan

Unit Hal Ehwal (HEP) merupakan satu unit baru yang diwujudkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM), Wakaf Tapai. Sebelum ini unit ini berada di bahagian pengurusan. Tugas unit ini adalah menguruskan setiap kursus-kursus mandatori, semasa dan swasta yang dilaksanakan di FRAM, Wakaf Tapai. Dalam pada itu juga unit ini bertanggungjawab menguruskan kursus-kursus awam, swasta, bangkel dan semina yang diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai. Proses tugas bermula dengan menerima surat mohon pencalonan sesuatu kursus akan dibuat dalam tempoh tertentu hinggalah kepada mengeluarkan sijil kepada peserta kursus. Memandangkan jabatan telah melaksanakan setiap kerja mengikut ISO 9001:2000, maka tugas yang dilaksanakan lebih bersistematik.

Unit ini diketuai oleh seorang pegawai  KB 32, dibantu oleh  seorang pegawai KbB 22 dan 5 orang KB 17. Sejajar dengan perkembangan dan penstrukturan semula jabatan, HEP disyorkan dijadikan satu unit yang berasingan sebagaimana unit lain di dalam FRAM. Ini bertepatan dengan perkembangan semasa di FRAM dalam mengendalikan kursus-kursus seperti kursus mandatori umpamanya Kursus Asas Sains Kebombaan dan Diploma Sains Kebombaan, kursus semasa di dalam perkhidmatan, kursus-kursus swasta dan kursus-kursus Ad-hoc.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA