Pengenalan

Unit Pengurusan Asrama merupakan salah satu unit yang penting yang diwujudkan di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia , Wakaf Tapai. FRAM. Unit Pengurusan Asrama adalah bertanggungjawab dalam mengurus dan menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta-peserta yang berkursus di Akademi Bomba Dan penyelamat Malaysia Wakaf Tapai.  Bagi merealisasikan hasrat Akademi untuk mewujudkan penginapan bertaraf 5 bintang, asrama telah dilengkapi dengan  pelbagai infrastuktur yang  diharapkan mampu memberi keselesaan yang tinggi kepada penghuninya.  Bagi mencapai sasaran yang diinginkan, berbagai cara  telah dilakukan termasuk merangka proses kerja yang mantap agar output yang terhasil lebih mantap dan kemas.  Disamping menyediakan penginapan selesa yang berhawa dingin , kemudahan lain juga tersedia untuk dinikmati penghuni termasuklah kemudahan sukan dan riadah , kemudahan tv  dan cucian serta penyediaan makanan yang menepati citarasa dan selera penghuni.


Khidmat Pengurusan Asrama

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA