PERLAWANAN BADMINTON ANTARA STAF AKADEMI BOMBA WILAYAH UTARA DENGAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (2)

19/12/2018 - Perlawanan persahabatan badminton diantara staf Akademi Bomba dan Penyelamatan Malaysia Wilayah Utara dengan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah bertempat di Dewan APBM Batu Gajah. Turut hadir menyaksikan perlawanan PgKB I Mohd Rizal Bin Buang, Komandan ABPM Wilayah Utara dan Puan Laila Nazura Binti Nasi, Pengarah APBM Batu Gajah. 
Perlawanan ini bertujuan mengeratkan hubungan siratulrahim antara Akademi yang berjiran. Dalam perlawanan persahabatan ini setiap Akademi telah menurunkan 9 regu. Keputusan perlawanan adalah ABPM Wilayah Utara 6 kemenangan dan APBM Batu Gajah 3 kemenangan.

 
Joomla Plugins

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA