VISI

  • Memberikan perkhidmatan latihan kebombaan kepada pegawai Bomba berdasarkan kepada pangkat dan jawatan yang disandang.

 

MISI

  • Sebuah organisasi latihan Kebombaan dan Penyelamatan yang bertaraf antarabangsa.

 

OBJEKTIF

  • Melahirkan pegawai yang bermutu
  • Mempertingkatkan pengetahuan dan kepakaran pemadaman dan perlindungan kebakaran serta memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai bahaya kebakaran.
  • Memberikan pengetahuan dan meningkatkan kecekapan kepada kakitangan jabatan dari segi pentadbiran dan pengurusan jabatan.
  • Memberikan kesedaran dan kefahaman terhadap dasar kerajaan dan sensitif terhadap alam sekitar.
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan melalui penilaian peperiksaan.
  • Mempertingkatkan perhubungan dan persefahaman antara kakitangan dan orang awam.
  • Melahirkan kemegahan terhadap kerja yang bermutu tinggi untuk kepentingan rakyat dan negara.
  • Sebagai agen perubahan di dalam menanamkan sikap positif dan pengembangan pengetahuan selari dengan perkembangan teknologi dan pembangunan negara.

Perjawatan Semasa Akademi Bomba

Perjawatan Semasa
Bil. Nama Jawatan Gred Jawatan Jumlah Jawatan Di Isi Kosong
1 Penguasa Bomba Kanan I  KB 48  1  1  -
2 Penguasa Bomba Kanan II  KB 44  3  3  -
3 Penolong Kanan Penguasa Bomba  KB 32  5  5  -
4 Pegawai Bomba Tinggi  KB 26  1  1  -
5 Pegawai Bomba Kanan I  KB 24  1  1  -
6 Pegawai Bomba Kanan II  KB 22  6  6  -
7 Pegawai Bomba  KB 19  26  23  3
8 Penolong Pegawai Tadbir  N 32  1  1  -
9 Setiausaha Pejabat  N 29  1  -  1
10 Penolong Akauntan  W 29  1  1  -
11 Pegawai Tadbir  N 22  1  1  -
12 Pegawai Tadbir ( Kewangan )  W 22  1  1  -
13 Pembantu Tadbir ( Kewangan )  W 17  2  2  -
14 Pembantu Tadbir  N 17  2  2  -
15 Penolong Jurutera  J 29  1  1  -
  Jumlah Pengisian  53 49 4

Perjawatan Semasa Akademi Bomba

KUMPULAN JAWATAN BILANGAN DILULUSKAN BILANGAN DIISI BILANGAN KEKOSONGAN
PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL 41-52 17  8 9
KUMPULAN
SOKONGAN 29 - 38
16 14 2
KUMPULAN
SOKONGAN 17- 26
80 60 20
KUMPULAN
GUNASAMA 38 - 1
28 26 2
JUMLAH 141 108 33

Assalamualaikum dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Saya mengucapkan selamat datang kepada pengunjung laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara atas kesudian tuan/puan dalam mengekses laman web ini.

Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Ilahi, atas usaha Jabatan dengan dibantu pegawai-pegawai terdahulu maka pembangunan lawan web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara ini dapat memberi ruang serta peluang kepada orang ramai serta kakitangan Bomba sendiri bagi memperolehi maklumat berkaitan perlaksanaan kursus dan latihan. Kebanyakkan kursus yang ditawarkan adalah untuk Pegawai Bomba gred KB 19 hingga KB 26 dan kepada agensi kerajaan serta swasta. Dalam masa yang sama, laman web ini turut memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tatapan umum.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara mempunyai keluasan yang telah dibangunkan seluas 98 ekar terdiri bangunan pentadbiran, bangunan kelas, auditorium, padang kawad, hose tower, simulator CFBT, simulator BATG,  simulator Gas Spill, simulator penyelamatan dan pemadaman rel, bangunan asrama dan gelanggang 3 dalam 1. Suasana semulajadi yang sediada turut sesuai bagi melaksanakan program di air seperti berkayak, pengendalian bot dan aktiviti riadah berkaitan dengan air.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara komited dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak tertinggi jabatan supaya insan yang dilatih di Akademi dapat memenuhi inspirasi dan komited dalam melaksanakan tugas dengan cekap, berkesan.

Dengan adanya saluran informasi ini, segala maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan jelas.

Sekian, terima kasih,

( MOHD RIZAL BIN BUANG )
Komandan,
Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Utara


Sub-kategori

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA