Latar Belakang Akademi

Mengimbau kembali sejarah penubuhan pusat latihan kebombaan dan penyelamatan, pusat latihan bomba yang pertama dibina pada tahun 1957 di Gombak, Selangor dengan nama Sekolah Latihan Bomba Malayan Union. Komandan yang pertama ketika itu ialah LT. COL. Watkins di mana ‘Fire Services Inspectorate Panels’ adalah pentadbir sekolah latihan tersebut dan berfungsi sebagai badan untuk memberi latihan kebombaan kepada anggota bomba dan Jabatan Bomba Negeri, Pasukan Tentera dan Penjawat Awam. Pada tahun 1976 semua Jabatan Bomba di peringkat negeri-negeri telah disatukan di bawah pentadbiran persekutuan, sehinggalah kepada penyatuan Sabah dan Serawak pada tahun 1981.

Seiring dengan perkembangan pembangunan negara selepas kemerdekaan, penanbahan pegawai dan anggota bomba turut meningkat. Di atas keperluan bagi melahirkan pegawai dan anggota bomba yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam ilmu kebombaan, Pusat Latihan Bomba telah dibina pada tahun 1972 di Kuala Kubu Bharu, Selangor dengan keluasan 12 ekar dan pada tahun 1997 namanya ditukar kepada Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Pada tahun 1982 Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wilayah Serawak telah ditubuhkan, diikuti Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wilayah Shah Alam, Selangor pada 1984. Pada 1987 Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wilayah Sabah dan pada tahun 1997 Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wilayah Ipoh, Perak ditubuhkan.

Selaras dengan penstrukturan baru jabatan yang dilulukan pada tahun 2008, semua Akademi dan Pusat Latihan telah dinaiktaraf bermula pada tahun 2009. Kini semua institusi latihan kebombaan di kenali sebagai AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA ( ABPM ).

Ia merangkumi lima lokasi iaitu:-

  • AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN.
  • AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, WAKAF TAPAI, TERENGGANU DARUL IMAM.
  • AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.
  • AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, SABAH.
  • AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, SARAWAK.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA